top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Warni

Hitam, apa kau mau? apa aku tak cukup hitamkah?

Sudah putihku kau cabuli sedikit-sedikit dikit-dikit kelabu aku mengasap

Walau jingga petang temani senja siangku dengan ungu malam mula sapa

Ada kalanya aku gemar berhitam kerana waktu itu aku sedar yang bulan pudar kekuningan itu sudi sapa aku yang sendiri kadang disampaikannya salam dari sana sana yang mana yang satu yang rindu sambil kelip putih bintik-bintik yang tidak henti kelip bak merah jantungku yang berdegup

Coklat mataku dua-dua cuba besarkan si indera lihat agar dapat lihat dirimu yang seni di itu sengaja aku senikan biar hilang sengaja aku lupakan biar terbang

Walau hitam rangkul aku aku ada bulan aku ada bintang aku tak gusar aku ada Dia, Pencipta Bulan dan Bintang!

❤ Bulan April Bulan Puisi (Satu Hari Satu Puisi) Jom!!

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page