• Ezzah Mahmud

Tulis / Write

Jejari menari-menari persis hadiri majlis tari mengukir garis melarikan pena Di atas kalam putih

Ke bawah ke atas Ke kanan ke kiri Pena ditarik ditekan Sederhana kuat

Inderia yang lima bersatu jadi satu berasa,terasa,dirasa setiap gerak lembut jari yang lima itu

Indah di sukma bagai berkata dalam sepi cuma tepu garis-garis menzahir makna dan aksara disulam halus cantik!



Photo was taken in Bizerte, Tunisia.


Originally posted on ezzahmahmud.wordpress.com on 1st May 2012 #Poetry #MalayPoem

1 view0 comments

Recent Posts

See All