Ezzah Mahmud
Terlajak Perahu Boleh Diundur

Mana dia mai? Kenapa? Asal orang dulu-dulu boleh datangkan peribahasa ni.
Iya, benar, aku setuju dengan perkara ni. Yang selepas hang kata sesuatu, dekat seseorang, orang itu akan 1) terima dan interpretasikan ikut apa yang dia rasa dan dengar waktu itu 2) dia akan ingat sampai bila-bila kalau sesuatu itu singgah di hati dia 3) dia akan guna untuk cakap ke kau balik dia masa hadapan. Dan aku paling terkesan dengan yang ke-3 ni.
Setiap satu benda yang terpacul dari mulut seorang kau akan dingati dan simpan dalam hati. Itu tak dak masalah, tapi macam mana kalau apa yang kau cakap tu tak berapa baik atau bukan sesuatu yang memberangsangkan. Kau manusia, kau tau kadang-kadang cakap ikut hati, ini tak apa lagi, tapi kalau ikut kepala lutut, dan selalunya rasa marah dan tak puas hati pun terlilit sama butir-butir kata hang tu, memang hang sedang mengundang perang dunia yang berpengkalan di hati hang dan dia.
Itu kalau yang letak diri hang sebagai orang yang melontarkan kata-kata, bayangkan orang yang mendengar, aku dalam kes ni adalah orang paling susah nak bertenang dan bersabar, sebab 1) aku rasa yang aku feel lebih sikit selalu, atau aku pilih untuk memenuhkan jiwa raga aku dengan segala rasa yang cuba untuk katakan 2) aku tak faham kenapa hang kena cakap macam tu, adakah niat hang memang nak attack atau bakar personal aku, dan adakah dengan cakap begitu kau ingat aku nak hadap, lagilah aku belah.
Makanya, aku nak kata kat sini, aku banyak buat salah, dan aku harap, dimaafkanlah semuanya.
Dan aku maafkan kalau ada yang pernah kata itu ini ke aku.
Okay, jumpa esok na. InsyaAllah.
Jaga diri ❤
Ezzah Mahmud