Ezzah Mahmud
Terima Kasih
Terasa seperti ingin menulis dan melakar emosi yang termuntah-muntah tak terbendung. Hadir beberapa individu membawa beza yang akhbar dalam diri saya.
Alhamdulillah, dalam ruang dan peluang yang beberapa, saya dapat bekerjasama dan belajar erti dan makna dalam setiap afal tatkala terlibat dalam projek dokumentari dan juga beberapa video pendek bersama dengan orang-orang yang Allah hantar khas yang saya pasti untuk saya belajar dan mengutip mutiara hikhmah daripada mereka.
Mereka semuanya mahir dalam aspek yang berbeza dan hal ini membuatkan mereka semua istimewa dan berbeza antara. MasyaAllah. Allah Al Aziz!
Pertama, insan ini saya cuma tahu wujudnya daripada video yang saya lihat di Youtube. Videonya yang mencecah ratusan ribu views itu jelas menunjukkan betapa kreatifnya dia. Seperti tidak percaya pertama kali bertemu dan berdepan. Persepsi minda, mula-mula saya ingat yang dia mungkin tidak mahu berbicara mahupun berkongsi idea dengan saya, akan tetapi semua itu terbunuh seusai dia menghadiahkan senyum segaris dan kebetulan kami ditakdirkan untuk berada di dalam kumpulan produksi yang sama. Sungguh, saya selesa berdamping dengannya, mungkin kerana aura kematangannya yang terembes sentiasa. Saya bisa berbicara apa sahaja denganya dan dia sudi dengar apa yang ingin saya luahkan dan nyatakan. Orangnya sentiasa merendah diri dan penyantun pabila berbicara membuatkan sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengannya pasti rasa senang. SubhanAllah, saya bersyukur atas perkenalan ini dan moga Allah pelihara dan kekalkan keindahan ukhwah ini selamanya. Ada beberapa puisi yang saya karang terilham daripadanya seperti ‘Dengar’ dan ‘Ter’ingat’.
Kedua, saya tahu akan wujudnya selepas diceritakan oleh seorang senior saya di kampus. Dinyatakan bahawa dia seorang anak yang taat dan kini belajar jurusan ini selepas dianjurkan oleh keluarganya. Tidak dalam dinafikan, saya kagum dengan dia. Mendapat sokongan yang mantap daripada keluarga dan akhlak serta perilaku juga saya kira sesuai untuk dijadikan menantu. Namanya sentiasa disebut-sebut sejak saya masih di semester satu namun hanya betul-betul berkesempatan untuk bersua dua semester seterusnya. Lama, saya tertanya-tanya dan tercari-cari dan Alhamdulillah, Allah izin kami bekerjasama dalam projek yang sama. Lebih menarik, dalam projek ini, saya adalah direktor dan dia adalah watak utama. Menarik untuk mendalami dan mengetahui perihal hidupnya. Perihal keluarganya, perihal adik-beradiknya dan perihal misi serta visinya. Ternyata, keluarga dia adalah keluarga yang dianugerahkan dengan kecerdikan dan kefahaman yang tinggi. Moga Allah sentiasa melimpahkan barakah dalam hidup dia dan keluarganya serta kekalkan ukhwah ini. Amiin.
Ketiga, perkenalan kami juga tidak tumpah seperti yang pertama dan kedua iaitu dalam projek dokumentari yang kami semua terlibat dan memilih untuk tidak melepaskan peluang ini. Orangnya berkacamata dan simple. Berasal daripada tanah Borneo, dia bukanlah seorang Muslim. Saya mulanya punyai masalah untuk bercakap dengannya kerana saya tidak mahu offend dia kerana demi memastikan idea saya ketika bercakap mengalir, saya terbiasa menyelangi bicara saya dengan zikir seperti ‘SubhanAlllah’, ‘InsyaAllah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘MasyaAllah’. Tetapi dia tidak ada masalah langsung dan menyatakan kepada saya yang dia tidak merasakan yang hal itu perlu menjadi masalah kepadanya. Alhamdulillah. Kami berkenalan dan menjadi akrab sepanjang projek itu berlangsung. Saya kerap bersembang dan berbincang denganya tentang pelbagai pekara. Dan, pada tanggal 17 Oktober yang lalu, dia telah menjadi saudara seagama saya. Allahu Akhbar! Doa yang saya tembak sejak pertama kali kami bersua termakbul. Sugguh, Allah Al Mujeeb! Sentiasa saya ingat dan kenang dia. SubhanAllah, dia membuatkan saya rasa lebih tenang. Dengan berdamping dengannya sahaja mampu buat eman saya melonjak tinggi. Mahu sahaja sentiasa bersama, berkongsi ceritera dan impi. Moga Allah pelihara dia. Doakan kesejahteraan dia yang kini sedang berada di rumah bersama keluarganya. Hubungan kami terputus tatkala telefon dan komputer ribanya dirampas oleh keluarganya yang kini sudahpun mengetahui pengIslaman dia. Saya sentiasa yakin yang dia sangat kuat dan pasti tabah mengharungi ujian ini. Amiin. Amiin ya Rabb.
Keempat, pertama kali berjumpa adalah juga kerana dia memilih untuk menyertai projek dokumentari yang kami semua sertai. Orangnya kecil dan berkulit sawo matang. Kelebihannya tertumpu kepada pengendalian kamera. Senang bekerja dan berinteraksi dengannya. Orangnya rendah diri dan boleh dibawa bersembang. Tidak kedekut ilmu dan mahu berkongsi dan bertanya. SubhanAllah, terzahir kesungguhan dan ilmu yang dia punyai sewaktu bekerja. Orangnya juga sangat random dan kelakar. Saya dapat baca subtext di dalam setiap kata dan perilakunya. Saya dapat tahu gaya dan orang bagaimana yang dia sukai. Saya dapat merasakan yang dia punyai aura yang beza, bak kata peribahasa, diam-diam ubi berisi. Saya sangat yakin yang dia mampu pergi jauh kalau diberi peluang. Dia memangpun sudah punyai pengalaman dalam produksi luar. insyaAllah, moga Allah sentiasa memberi barakah serta melindung dia dan keluarganya. Amiin.
Kelima, orangnya agak berusia daripada yang lain menjangkau beberapa tahun. Kami ditakdirkan juga untuk berada di dalam satu kumpulan produksi bilamana saya sebagai direktor dan dia sebagai sound person. Orangnya punyai gaya yang tersendiri dan tahu apa yang dia mahu. Agak misteri dan sukar untuk dibaca, dia sangat komited dengan kerjanya. Tegas dan serius apabila bekerja, saya terkesan apabila ada satu ketika dia back up saya sewaktu idea ataupun arahan saya sebagai direktor tidak diambil serius. SubhanAllah, saya hargai sangat-sangat. Mugkin faktor usia, dia tidak akan menyambung pelajarannya ketika degree dan akan terus bekerja. Saya mendoakan agar dia berjaya dan menjadi seorang yang hebat kerana saya yakin dan percya dia mampu mengubah aliran dan pengcambahan industri perfileman Malaysia, insyaAllah.
Kelima-lima individu ini sebenarnya berkawan rapat dan mereka semua seperti dalam satu ‘geng’. Mengenali setiap seorang daripada mereka buat saya merasa bahagia. Sangat bahagia. Seperti mengisi setiap lohong di dalam diri saya untuk lebih menghargai dan menikmati setiap saat sementara masih berpeluang. Moga Allah mudahkan urusan sehari-hari mereka dan limpahkan barakah dalam setiap seseuatu yang mereka lakukan. Ternyata, ini bukan lagi noktah, ini cuma pengakhiran terhadap satu perenggan dalam lipatan memori indah. Moga kekal sampai syurga. Amiin..
Baraakallahu feekum! ❤