Ezzah Mahmud
Tangan
Tak tertahan dek minda mudah kuasa kata yang diambil rendah bilang sama hati tak perlu gundah tapi ternyata menipu sudah Bayu lembut menyepak kuat tampak indah nikmatnya parah
Kecil dulu kau tak tangankan bila besar kau harap dapat tangani yang pasti kau dah tak mampu menangan kerana sebesar dua jari dah besar setapak tangan
tangan dulu menatang minyak buat goreng ayam dan ikan biar rentung biar jadi kerak tangan dulu tak menatang anak
Bukan salah kau walaupun salah mungkin sedikit atau sebahagian tapi kalau Allah tak izin serlah tak mungkin dulu sekarang kemudian