• Ezzah Mahmud

Sujud #PuisiRamadan #HariKe3

Updated: Jan 5

Dalam sujud

Jemari melekap

di baldu tikar sejadah

Dahi ku rehatkan pegun

Ke kukuh kuatnya Sang Buana

Aku bertempik di hati

Dan membisik rahsia

Semahu sekuat seluruh jati

Menjitu fikir merangkul jadi

Ulang dan ulang dan ulang lagi

Rayu ku tak ku hijab sama malu

Kerna Dia tahu ini itu

Dalam luar atas bawah

Dah sudah Dia bilang,

Mintak saja. Siapa kau nak segan… #PuisiRamadan #HariKe3


0 views

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now