top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Serigala Jahat Besar!


Image

Big Bad Wolf? Apakah geranganya?”

Persoalan ini mencucuk-cucuk kotak fikir ini saat mula-mula frasa ini menyapa telinga.

Seingat saya, rakan serumah saya, Sarah Amerah adalah orang pertama yang menyatakan perihal Big Bad Wolf.

Orang kedua yang bercerita mengenai hal yang sama kepada saya ialah kekanda tersayang, kak Faridah!

“Terus, apakah sebenarnya Big Bad Wolf ni?”

Sila layari http://www.bigbadwolfbooks.com/ untuk lebih info ya!

Secara asasnya, Big Bad Wolf ialah pesta buku antarabangsa yang luar biasa besar skalanya. MasyaAllah, sehari memang tak cukup untuk menelusuri setiap naskah dan keping buku yang ada dengan hati. Hanya mampu melihat sepintas lalu.

Apa yang menarik menganai pesta buku ini ialah harga-harga buku tersebut! Ternyata, sangatlah MURAH! ulang suara, MURAH! Basically  murah daripada harga asal. Semuanya dalam lingkungan RM 5 – RM 10, yang harga asalnya mencecah puluhan RM.

Kalau buku yang tebal-tebal macam encyclopedia dan segala yang sewaktu dengannya boleh kita dapati dengan harga tak kurang RM25 ke RM 60, yang harga asalnya juga pasti mencecah ratusan RM!

Alhamdulillah, Allah izin saya mengunjungi pesta buku ini buat julung-julung kali tahun ini.

Ternyata, tidak ubah seperti anak kecil yang baharu ketemu permainan! Mata bercahaya dan senyum sampai telinga!

Buku-buku yang mencecah hampir 3 juta (DJ dekat tempat tu dok ulang berpuluh kali sampai dah hafal dah digit ini) membuatkan saya rasa kecil dan lonjakkan semangat untuk menulis lebih berapi insyaAllah.

Di dalam timbunan buku-buku yang tak terkira itu, saya sempat mencapai 7 naskah buku yang saya kita amat menarik. Selaras dengan apa yang saya ingin lakukan secara berterusan yakni membaca, saya fikir cukup sudah untuk bekalan selama beberapa bulan.

Moga Allah limpahkan barakah dan mudahkan saya untuk peroleh ilmu dengan membaca buku-buku ini lantas lebih dekat dengan Dia. Amiin!

Ayuh! Silalah manfaatkan hujung minggu anda ke pesta buku ini. Saya jamin nafsu membaca anda pasti akan… 

Baraakallahu feekum ❤

#Baca #BigBadWolf #Buku #Diari

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page