Ezzah Mahmud
Sepuluh Ribu!!!
Updated: Jan 5, 2020
http://selutpress.blogspot.com/
Assalammu’alaikum sahabat-sahabat sekalian.
Apa khabar anda sekalian di sana. Walau jarang ketemu kita. Tapi berdepan di alam maya selama.
Alhamdulillah, all praise to Allah, The Most Kind, The Most Merciful.
Karya cerpen pertama saya akan terbit bersama sembilan lagi penulis lain di dalam buku yang berjudul Sepuluh Ribu. Buku ini diterbitkan oleh Selut Press insya Allah. Kalau nak kenal siapa Selut Press, silalah tanya En Google tak pun Uncle Yahoo.
Kenapa Sepuluh Ribu? Ramai yang bertanya.
Sepuluh Ribu sebab….
Pernah dengar tak proverb english yang bernada, “A picture worth a thousand words”
Setiap penulis telah diberi satu keping gambar dan berinspirasikan gambar itulah setiap penulis perlu menulis sebuah cerpen. If a picture worth a thousand words, 10 picture worth ten thousand words.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis cerpen ini, insyaAllah, ISKELFER tajuknya..
Sudi-sudilah mendapatkan buku ini. Sokong karya penulis indie. Insya Allah, akan luar kotak dan luar tabiin.
Sungguh, Allah sahaja tahu betapa saya gembira dapat hasilkan karya yang bakal terbit ini. Terima kasih atas bom-bom doa dan peluru-peluru kata semangat anda sekalian.
❤ Ezzah Mahmud Baraakallahu feekum!
