top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Sepai Sekeping Hati

Updated: Jan 14, 2020

Walau dihimpit tugasan universiti, Ezzah tidak mampu noktahkan rasa nak menulis, luah-muntahkan sesuatu yang sudah agak lama terbuku di dalam hatinya.

Ketaq lutut. Ezzah kalah dengan jaka, segenap sosok dan segenap adanya. Ezzah hairan sekali, bagaimana Ezzah boleh sebegini terkesan dengan maujudnya seorang jaka.

Sungguh, Ezzah sudah mula jadi pemuja rahsia sejak beberapa tahun lepas. Sejak dia patah hati, sejak terhasilnya 5 Broken Hearts, sejak sekeping hatinya sepai. Sejak dia kenal bait lirik lagu SO7.


Amat sangat sungguh lah Ezzah hairan, bagaimana dia bisa jadi selemah ini. Lemah dicakup rasa-rasa yang dia anggap sepatutnya hanya picisan, tetapi telah dengan berjayanya menggugah seorang Ezzah. Ezzah yang telah siap siagakan dirinya, dengan memakai baju besi “jangan mai dekat please, saya lemah sama kesantunan-keunikan-ketatatertiban-dan-scapula-senyum-rautwajah-lirikmata-Jason.Scott.Lee-Nicholas.Saputra-Iko.Uwais” si jaka, tapi masih, terkadang bolos jugak.

Antara sebab Ezzah jadi begini ialah Ezzah tidak mahu hatinya yang sedia sepai tadi dihenyak lagi. Ezzah sedia maklum dengan perasaan, dan angin indah sepoi-sepoi yang menyuruh dia untuk tempikkan sahaja, beritahu sahaja, rasa yang dia rasa kepada si jaka. Tapi, Ezzah tahu, itu hanya hati bersalut nafsu sahaja, akal tinggal, tak ajak masuk mesyuarat. Ezzah seringkali ternyata-tanya, lepas itu apa? Mau ajakkan sahaja jaka kahwin? Dan sedia telinga dan hati untuk… Atau, biar jaka pergi, sama kirana lain. Entah.

Terus, Ezzah yang sedang menulis ini terngangis sendiri, ingatkan dirinya supaya ingat Tuhan. Lemah selemah-lemah hambaNya. Allahumustaan.

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page