Ezzah Mahmud
Senyum #NationalPoetryMonth #Day26
Updated: Jan 5, 2020
Rasa ini mulus Menyelati seantero ruang yang terizin yang terpasak-dirinya seorang aku, Terluka, asyik disiat-siat bahagia Apakah ini Ya Tuhan.
Aku hela nafas panjang merela rasa ini menelusuri setiap alur jalin menguncur laju Pejamkan mata, senyum sahaja Biar rasa itu merangkul erat Kau manusia, kau makhluk tepu rasa.
Dicabik-cabik indah, aku syukur sentiasa.
