top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Semester akhir!! Bismillah

Assalammu’alaikum! Hi!

Woot! Woot! Ketepi-ketepi!

Alhamdulillah, tanggal 10 Jun tahun ini amatlah saya kira signifikan dalam lipatan coretan hidup saya kerana hari ini bakal bermulanya semester akhir saya sebagai pelajar Diploma Penulisan Kreatif, di Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM.

Seperti tidak tercapai akal kadang tika saya imbau dan kenang kembali betapa pantas masa berlari meninggalkan kita. Sudah hampir dua tahun saya di sini dan pelbagai kenangan, memori, cerita, jatuh bangun, sepak terajang, tergolek tersungkur dan toreh panah tersemat kukuh dalam antologi hidup seorang Ezzah Mahmud!

Semester ini bukan sahaja semester yang akan menentukan sama ada saya bakal bergraduasi dengan Anugerah Naib Canselor atau tidak bahkan semester yang semestinya mencabar segala genap emosi, persepsi, kendiri, mandiri, dan segala yang serupa dengannya.

Seperti yang dikhabarkan turun-termurun oleh senior yang melalui semester 5 selaku semester akhir mereka, ternyata majoritinya rata-rata bersetuju bahawa semester ini akan jadi semester paling chill dan relax tapi tugasan-tugasan yang diberikan sememangnya bertepatan dengan kondisi istirahat para pelajar. Secara hypothesisnya, ‘Lebih banyak waktu rehat, lebih susah tugasan diberi.’ Eh!?

Sebagai pelajar paling ‘senior’ (ikut darjat pangkat ke’tua’an dan ke’lama’an di fakulti sebagai pelajar diploma yang masih ada), terasa berat 10 kilo di kiri kanan bahu untuk menjadi tamsilan yang terbaik kepada para pelajar terutama pelajar-pelajar Semester 1 yang akan menginjak kaki, tubuh, minda, hidup dan impian ke fakulti yang punyai cabarannya yang tersendiri.

Menjadi tanggungjawab sebagai kakak, kawan, ketua, pendamping, pembimbing, pemudah cara kepada rakan-rakan di Semester 1 yang mungkin kurang kenal dengan fakulti serta teknik-teknik dan jirus-jirus kebal melawan perkara-perkara negatif. (Saya pun masih belajar dan tak betul-betul bebas daripada cengkaman ini tapi Alhamdulillah, bak kata orang putih, still standing!) Moga Allah mudahkan.

Semester ini juga bakal jadi saksi tahun ke-3 saya menyambut Ramadhan di kampus, insya Allah. Moga Allah melimpahkan segenap barakah dan kurnia serta rahmat kepada kita semua. Harapnya dapat jadi Ramadhan paling bermakna selagi nafas masih lagi boleh dihela mudah. Indah juga sebenarnya dapat menyambut Ramadhan di kampus, antaranya dapat iftar (berbuka) dan makan dalam talam ramai-ramai. ❤

Akhir kata, ingin saya zahirkan kedukacitaan yang sederhana kerana tidak berkesempatan untuk bersungguh-sungguh mengemaskini blog ezzahmahmud.com ini. Insya Allah, dalam masa-masa terdekat, nantikan berita-berita gembira daripada saya! ❤

May Allah Bless!

Image

 http://www.hitrecord.org/records/368062 

#Diari

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page