
Ezzah Mahmud
Seloka Pemuja Rahsia
Alahai pemuja rahsia Wujudmu dalam setiap pencinta Yang mahu menjuara jiwa kirana Yang cuba memenang sukma teruma Tapi sayang segalanya rahsia Hanya kau seorang suka
Alahai pemuja rahsia Mungkin kau sepupu dua Mungkin kau sahabat karib Mungkin kau kenalan jauh Mungkin kau tak wujud Mungkin juga kau wujud Mungkin kau imaginasi Mungkin kau hanya dalam kepala Mungkin juga hanya dalam hati
Alahai pemuja rahsia Waktunya tak kena sentiasa Mahu mendekat tapi malu Mahu menjauh tak mahu Setiap langkah rasa batu bila berdepan rasa degup itu
Alahai pemuja rahsia Cukup-cukuplah mencinta Segala rahsia cuma dusta nanti sakit terluka toreh mungkin dia tak suka mungkin juga dia berpunya apa nak jadi padamu nanti gigit kuku dan tangis berbaldi
Alahai pemuja rahsia aku kenal asal rasamu tapi jujur aku beritahu sakit kelak ditolak jatuh pedih andai dibuang jauh percayalah segala kataku ini aku juga seorang pemuja rahsia.