top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Selesai! *jejoget*

Alhamdulillah!

Saya rasa macam baharu sahaja saya kemas kini blog ini perihal saya akan memulakan semester akhir saya di UiTM, kini, saat menulis post ini, saya sudah beberapa hari di Pulau Pinang, pulau intan payung sayang! Saya sudah selamat tamat kuliah semester akhir Diploma Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM.

*jejoget*

Saya rasa agak bersalah, (tiup-tiup habuk) sebab agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk update apa-apa pun di blog ini. Tapi usah risau, usah gundah, saya tahu anda (ye, anda yang sedang baca post ini) tertunggu-tunggu tulisan baharu daripada saya.

Insya Allah, saya akan lebih kerap kemas kini blog. Tugasan-tugasan untuk kelas sudah tiada, hanya menulis untuk diri dan kerja sahaja.

Sekarang saya sedang menulis sebuah novel untuk salah sebuah penerbitan buku di Malaysia, saya juga sedang mengalih-bahasa sebuah buku motivasi, saya sedang dalam proses mendapatkan lesen motosikan dan kereta, saya sedang dengar sabar menunggu keputusan semester akhir (moga tidak ada yang sangkut, Ameen), saya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga, dan sedang menikmati serta menghargai pulang kesayangan secara total, insyaAllah.

*tarik sehelai tisu dari kotak Primers warna hijau*

Sungguh, kehidupan selama 2 setengah tahun di UiTM Puncak Perdana amat mempucuk-cambahkan kecintaan yang seni. Agak janggal mulanya saat ingin kembali ke hidup tanpa kelas persis pasca SPM dulu. Apa boleh buat, hidup mesti terus, tiada ruang untuk bermalas-malas dan berjimba-ria.

Ternyata beza, tanggungjawabnya sudah meng’Everest’, jalannya juga masih meng’Tembok-Besar-China,’ panjang dan bukan mudah untuk telusuri.

*pasang goggle, ikat bandana*

Tidak layak rasanya untuk menjanji ini itu, tapi satu yang pasti, ilmu yang ciput di dada ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar maslahatnya terpancar bagai bianglala usai hujan.

Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca weblog saya yang ini, walau tidak di kemas kini lama, wordpress bagi tahu yang ada sahaja pembaca yang singgah setiap hari.

*senyum sampai telinga*

Salam Aidiladha buat anda dan keluarga. Moga diterima segala amalan. Ameen.

Ps. Jaga diri Timba =P hikhik

❤ Ezzah Mahmud


Sepucuk rindu buat anda semua (Esah Ezral dan Izzat Hakimi tak ada dalam gambar;'( (Picture by Akwa Arifin)

Sepucuk rindu buat anda semua (Esah Ezral dan Izzat Hakimi tak ada dalam gambar;'( (Picture by Akwa Arifin)


0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page