Ezzah Mahmud
Saya Rasa Stuck, So Imma Write It Out!
Updated: Jan 5, 2020
Assalamu’alaikum! Hi! Apa khabar anda, moga baik-baik sahaja. Terima kasih lah sudi baca blog ni, selalunya, saya campak rasa-rasa saya dekat sini supaya mungkin boleh tumpahkan sedikit rasa gemuruh yang kadang-kadang tiba bila raya tak berada di dalam keadaan yang cukup tenang. Sungguh, saya hargai sebanyaknya. Sebab selalu, saya akan baca balik apa yang saya tulis dan cuba jitukan apa bendalah yang saya tengah lalui ni. Atau mungkin sedikit sebanyak memberi sidikit pencerahan kepada perkara yang terbuku di hati saya. Okay, here it goes. Bismillah. Saya tengah tak productif dalam menulis artikel atau ada mood nak buat apa-apa, makanya saya ambil masa sat beberapa minit nak cuba jemput mood tu datang dengan menulis kat sini sat. Mana tau, mungin dengan ini saya dapatlah sedikit.
Soalan cepumas, korang ada pernah rasa homesick? Ka benda tu macam budak-budak punya sangat? Haha, like duduk asrama dan rasa macam boleh tak nak balik ja sekarang dan peluk mak kuat-kuat, habaq ke beliau yang anda rindu nak makan masakan beliau. Haha, itu manifestasi apa yang saya sedang fikir sekarang. (Tapi tak boleh jugak sebab mak hang sensetif lebih, sebab kondisi kesihatan beliau, so tak boleh tunjuk sangat rasa2 ni, bukan saja perasaan sedih tu, terkadang terlebh dirundung satu-satu rasa tu pun mak saya akan detect, dan kita nak kena elak la sebab tau-tau ja triggered, so kena train diri untuk bersederhana, saya cuba lah atleast, saya cuba)
Saya dahulunya percaya, yang homesick ni alasan cuma, kepada kerinduan, dan yes, hang boleh nak rindu-rindu ni, itu biasa, tapi dia akan jadi luar biasa bila seluruh sekeliling hang macam tak condusif sangat. Homesick hanya akan jadi lebih parah bila 1) hang tak dak life pergi kerja balik kerja. 2) hang dah kurang buat benda yang hang happy orang waktu hang buat tu it’s not the right state of mind, sat-sat pikir kerja, like banyaknya benda nak buat kat office. 3) Housemates ni main peranan jugak, saya baru perasan benda ni. Lepas sembang dengan kawan saya sorang ni, dia kata, yeap, kalau balik, lepas tu macam kat rumah tu housemates pun macam hang boleh nak sembang ka, tegur ka, okay jugak, tapi kalau benda simple macam tu pun hang tak boleh nak buat. Hmm, macam manakah?
Lepas dah masuk alam pekerjaan baru macam whoaa, this is super real, itulah Ezzah cakap besaq lagi, kan dah kena, Allahumustaan. Silalah istigfar. Dia punya rasa tu macam satu macam punya kedahagaan untuk mencari makna. Like orang-orang kat office ni, depa balike ke family depa, pergi kerja balik kerja depa ada family. Saya ada terfikir, mungkin dengan ada seekor kucing, akan terkuranglah rasa sunyi, tapi, macam mana nak berkucingan. And dekat Bukit Jalil ni, kalau nak jalan ke mana-mana rasa macam tak boleh sangat, kena naik lrt etc. And saya dalam usaha nak menyimpan, makanya nak elak la ke kota raya. Anisah cukup marah kalau saya kata saya sunyi, sebab dia kata, kalau sunyi telepon ja lah. Haha, yeah, betul la tu. Saya rasa sekarang ni saya kena bertenang saja. Buang rasa negatif ni jauh-jauh. Dan lalui kehidupan dengan mengelilingkan diri dengan apa yang buat saya bahagia.
Mungkin saya patut tulis surat more, saya suka menulis-menulis ni, atau tulis poskad ka, atau yeah, mulai tulis novel untuk Fixi tu, hang rant macam ni pun dah dekat 600 words, imgine kalau tiap-tiap hari hang tulis sikit-sikit. Okay ja insyaAllah. Jadi, apa sebenarnya yang hang rasa ni Ezzah. Aduh. Tak detect lagi. Haha. mungkin hang rindu hidup tenang, dan buat benda hang nak buat saja, tapi hang manusia dan dewasa adalah satu proses yang kena hadap.
Okay, dah-dah, yeah, rindu ni payah jugak sebenarnya. Mudahkanlah urusanku ya Allah. Ameen. Kau Rancanglah yang Terbaik untuk aku, Ameen.
Jaga Diri,
Ezzah Mahmud ❤
