top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Satu Hari Cuma


Image

Pagi mencuba ini itu dan berkata ini itu sambil bersuka ini itu tak lupa mencinta ini itu serta berharap ini itu

Tengah hari datang dengan laju tanpa kita mahu walau tahu tahu yang malam akan tiba juga sengaja dipadamkan pemahaman yang fakta itu

Hoi senja, kau dekat dan dekat, sampai kedut lendur kulitku perlahan lemah nafasku terluka terluki tubuhkan cukup masin lidahku dan cukup masa.

Aduh, seusai senja hadir baharu aku tahu yang aku dah senja senja berlalu dengan beberapa detik jari sambil tik tok tik tok yang enam malam hadir dengan gelap kelam malam yang seorang dalam ruang yang tak pasti luas atau sempit giga persih atau nista hama seram.

#Puisi

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page