top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Sambung belajar?

img_4472

Okay, terlewat satu hari. Maaf ya kekanda sekalian!

Semalam saya sangat sibuk, menyiapkan kerja berbaki yang tak habis-habis, sambil menghantar permohonan ijazah sarjana saya. (Alasan munasabah la kot noh)

Hati saya kuat menyatakan peri penting dan mahu semahu-mahunya saya untuk sambung belajar.

Gambar di atas diambil sewaktu saya menziarahi Oslo, Norway. Terus jatuh cinta dan jatuh lagi. Norway sangat amat sungguhlah indah. Dan terus, saya ambil inisiatif untuk mencari universiti yang ada menawarkan kursus yang saya mahu.

Masih sangat awal sebenarnya, kerana saya masih perlu mencari penaja yang sudi memberi RM 106,000 kepada saya untuk kos sara hidup selama 2 tahun di sana.

Oh, untuk pengetahuan anda, Norway adalah antara negara yang percuma yuran pendidikannya. Iya, tak tipu! Ayuhlah ramai-ramai kita ke sana. Eh!

Esok insyaAllah saya update lain. Terima kasih sudi singgah

PS. Saya mohon agar doakanlah dimudahkan kepada saya untuk menyambung pelajaran dan dimurahlan rezeki untuk menerima tajaan. Kalau ada tau mana-mana yang sudi taja, harap ingat-ingatlah nak khabarkan ke saya. Doakan ya. Saya mohon. :’)

Jaga diri ❤

Ezzah Mahmud

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page