top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Rugi Ringgit

Sungguh, akan ditanya di Hari Muka kelak, dakah rezeki yang dilimpahkan kepada anda dimanfaatkan sebaiknya. Setiap sen dan Ringgit. Setiap nafas yang dihela. Setiap perkataan yang terzahir.

Untuk anda yang tiap hari membakar duit. Mungkin tidak dapat saya bayang keindahan menghela kepulan itu. Tapi pasti ianya indah bagi anda. Ingin dikata, ingin dinyata. Tidak dinafi peri susahnya tuk berhenti. Tapi percayalah, anda mampu andai mahu saya kenal insan yang berjaya melawan ketagihan dan akhirnya bahagia. Ingatlah, orang yang menyayangi anda pun tidak tega melihat anda membunuh diri dengan cara yang maha halus ini.

Manfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya.. Platform untuk berhenti yang saya kira paling signifikan. Doa saya sentiasa mngiringi. =D

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page