Ezzah Mahmud
Reclaim Your Heart & Viva Palestina
Updated: Jan 23, 2020
Alhamdulillah. Jejari ini masih lagi bisa menulis dan menaip. Nafas masih lagi boleh dihela. Mata masih jelas memandang. Semua deria masih berfungi dengan baik.
Agak lama rasanya saya tidak menulis artikel atau perihal lain selain puisi kerana galak dan komited menyokong dan menjayakan National Poetry Month iaitu pada bulan April. Masih konsisten dalam menghasilkan satu puisi satu hari. Sepuluh hari lagi berbaki untuk melengkapkan kitaran satu bulan. Moga masih beroleh kekuatan dan ilham yang melimpah. Ameen. Posting minggu ini mungkin lebih santai dan fokus kepada perkongsian dan apa yang saya lalui. InsyaAllah.
Pada 15 April yang lalu, saya terlibat dengn program, Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed in Malaysia yang saya kira amat mengesankan nurani saya. Jujur, sudah lama saya tidak merasa sebegitu, perasaan yang tenang yang pelik dan senang yang indah. Allahuta’ala’alam. Bukannya tidak pernah menonton Yasmin Mogahed di Youtube tetapi ceramah beliau tempoh hari masuk dan lekat di dalam jiwa.
Selain daripada itu, saya dan rakan-rakan berkesempatan untuk mempersembahkan dokumentari pendek yang telah kami hasilkan, perihal Palestin. Dokumentari yang berjudul Palestine a Story Must Be Told itu adalah perkongsian daripada beberapa individu yang pernah ke Palestin serta seorang warga Palestin yang menetap di Malaysia.
Sugguh, mungkin saya kurang tahu dan kurang ilmu dengan apa yang sedang berlaku di Palestin sana. Tetapi, selepas mendengar perkongsian individu-individu yang telah saya dan rakan saya ‘Aisya Ezral temu ramah, persepsi dan pemahaman saya berubah. Saya lebih tahu dan ambil tahu. Tidak dapat dinafikan, terkadang saya tidak menghargai pendedahkan yang rakan-rakan yang berkongsi informasi di Facebook dan Twitter, tapi seusai terlibat dengan pembikinan dokumentari tersebut, saya lebih serius dalam menjiwai dan menyokong perjuangan ini.
Sehubungan dengan itu, saya menemui sebuah filem yang berjudu Inch’Allah yang diterbitkan pada tahun 2012. Selepas menonton trailer yang telah Harry Fear (Google mamat ni!) kongsikan di akaun Twitter beliau, MasyaAllah, terkesan yang teramat sangat! Kisah ini menceritakan perihal seorang doktor wanita yang berasal dari Canada, bertugas di klinik UN di Palestine tetapi tinggal di negara tak berapa layak diiktiraf ‘Israil’. Dia berulang setiap hari dari Israil ke Palestine untuk bertugas. Dia juga punyai seorang rakan baik yang sedang mengandung. Konflik berputar sekitar hidup anak-anak Palestin yang kuat untuk terus hidup dan dugaan serta cabaran sehari-hari yang terpaksa dilalui. Saya anjurkan anda sekalian tonton filem ini dan muhasabah perihalnya! (Will be waiting for your feedback! Do comment about it in the comment section below.)
Selain daripada tu, ada satu dokumentari berjudul 5 Broken Camera. Juga menceritakan perihal yang lebih kurang sama tetapi genre berbeza. Kagum tak kagum saya dengan filem dokumentari ini yang menzahirkan perjuangan warga Palestin serta naratif penceritaan yang sangat unik. Filem dokumentari ini tercalon Academy Awards untuk Best Documentary dan memenangi Pusan International Film Festival for Busan Cinephile Award, Sundance Film Festival for Directing Award, World Cinema – Documentary and nominated for Best Documentary Feature Film at Asia Pacific Screen Awards. Hebat tak hebat! Filem daripada Palestin ni, yang berperang tiap hari! MasyaAllah!
Itu sahaja untuk kali ini insyaAllah, sehingga bertemu lagi! =D May Allah bless and remember me in your du’a!
