Ezzah Mahmud
RAP : Nanti Besar Nak Jadi Apa?
Nanti besar nak jadi apa? Nanti besar nak jadi siapa? Jadi orang beruang bangau buah kana? Kau yang tentu nak bagaimana.
Aku dari dulu tak pernahnya tahu, Budak lima tahu baru reti baca buku yang pasti, yang sebenar jiwa tak ragu, tak mau jadi doktor ataupun cikgu tak mau jadi saintis ataupun polis
Aku nak jadi orang, yang ada dalam seni Tak banyak wang, janji kenyang jiwa nurani Dalam tv, bawah tv, belakang tv tak kisah Asal boleh rekod cakap tulis tempik luah Ini dilemma masa darjah yang tak habis gundah
Masuk sekolah menengah aku jadi aku Misi masih berubah tapi lebih terarah ah sudah, kakak dapat masuk maktab mara ayah mak bangga aku lebih semangat bara dia dapat semua A, aku rela dibanding tara Aku apa lagi, terus maju kedepan mara
Mahu unggul dan dibangga juga masuk MRSM terus secepat segera Waktu itu baru sedar, terkapar, Tak serasi tak terpatri, tak mencukupi Waktu kelas Admath paling rasa tercabar Aku apa lagi tulis cerpen dan puisi
Aku terpaku, rasa macam katak puru, Kawan-kawan hebat, aku haru tak biru Tapi, banyak benda aku belajar, hidup memang dalam atas kapal lelayar Bua tapa suka itu yang paling benar
Tak ada apa yang lebih onar bila tak jadi diri sebenar
Dekat MRSM minggu Bahasa paling gempak Aku masuk semua pantun puisi dan pencak Biar orang tahu aku bukan nak berlagak Tapi sebab aku memang tahu nak menyalak Orang pandang sipi, boleh agak pijak sepak Aku berdiri, sendiri tak tergerak.
Lepas SPM aku tahu apa hati nak terus, UPU aku tulis apa berhak Penulisan Kreatif dekat UiTM Fakulti filem yang jenisnya semacam Ah, aku tak kisah, aku tak kusam Terus jalan, Bismillah aku genggam
Sekarang dah masuk universiti luar negeri jauh dari jiwa dan hati utuk terus impi mimpi diri biar semi tunggu anakanda balikkan kembali jawapan dan harap yang dah jadi realiti.
*Sapa rasa nak kongsi beats atau kenal mana percussionist, supaya boleh patik Rap on to it, lemme know insyaAllah =D
❤️ Ezzah Mahmud