top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Rant! Updates and Life!

This is free writing, here we go, bismillah!

Hari ini dekat rumah atok, saya kekal menghadap komputer riba ini buat jam yang ke berapa puluh. Bukan apa, seingat saya, sejak saya sampai ke Pulau Pinang, saya tidak berpeluang untuk duduk menghadap Dex (nama yang baharu saya beri untuk komputer riba saya).

Fast forward, ringkasnya, beratus (yes, tak tipu) beratus perkara berlaku dalam satu-satu masa dan saya tidak berkesempatan (alasan!) untuk duduk dan menulis. Bagi anda, ya anda, yang sedang membaca blogpost ini, saya tahu anda seringkali singgah di blog saya untuk baca omongan baharu yang saya coretkan, tapi masih, saya tidak kemas kini apa-apa. Ketahuilah, saya amat sangat sungguhlah lebih kecewa dengan diri saya kerana sudah kurang menulis (tapi tak malu mengaku diri penulis T_T).

Tapi, here’s the thing, I have issues.

Ada salah seorang sahabat sebatch di UiTM tag saya di salah satu posting seorang rakannya di Facebook, posting itu saya tak dapat nak track balik tapi apa yang saya faham konotasinya berbaur, dengan penulisan, seseorang itu boleh terasa dan terkesan dan maran dan tersalah faham etc.

Saya dengan secara langsungnya terkesan dengan pernyataan itu dan menghadapi mini trauma yang mengakibatkan saya sangat sangat sangat ‘takut’ untuk meluahkan apa yang terbuku di hati saya. Saya jadi risau dan tidak pasti bagaimana untuk meluahkannya memandangkan sepanjang hidup saya, menulis adalah perkara yang saya reti dan boleh lakukan untuk mengalirkan semua jenis perasaan keluar. Menulis adalah langkah yang saya ambil untuk membebaskan segala yang terpekasaman dan terkepaman dalam diri saya. Tapi, selepas kejadian ini, saya terus rasa ‘susah’. Saya mahu yakin yang hal ini hanya sementara atau mungkin saya yang terlebih memikirkan perihal ini, namun, saya tetap rasa dihantui, rasa bersalah dan ‘awkward’ untuk tulis apa-apa pun sebab saya tidak mahu melukakan sesiapa.

Siapa yang kenal dan perasan dan ambil tahu akan blog atau apa-apa karya penulisan saya pasti sedar yang saya sudah kurang menulis. Sebenarnya, saya di dalam fasa untuk bangkit kembali dan selamatkan diri saya daripada trauma itu. Perlahan-lahan saya mulakan menulis, satu petikan, dua petikan. Saya juga sudah mulakan kembali tabiat membaca saya yang saya kira sudah kurang saya lakukan. Alhamdulillah, dalam masa kurang 2 minggu, saya sudah selesai membaca 2 buah novel.

Saya juga sebenarnya baharu sahaja berkonvo dan baharu pulang dari worktrip ke New Zealand dan Jepun, ini juga antara sebab saya tidak menulis, saya ambil peluang sepenuh-penuhnya untuk menyerap apa sahaja yang boleh saya serap melalui deria yang ada pada diri saya.


Image

Saya lihat dan kagumi budaya di tempat orang, saya nikmati alunan bahasa Jepun dan tutur kata penuh ekspressi pemiliknya. Saya belajar beberapa perkataan Jepun dan Maori, Aotearoa, Konniciwa! Saya cuba rasa makanan Jepun, sushi, bebola nasi, coklat Meiji dan lemaskan diri saya dengan semua perkara ini. Saya simpan semua bil, resit dan apa-apa sahaja kenangan yang boleh saya pasakkan di dalam diri saya. Saya kutip dan seludup daun-daun maple dan beraneka jenis daun lagi dari Taman Botani di Queenstown. Saya cuba jadi Sean Oconnel (sila tengok ‘The Secret Life of Walter Mitty! Wajib!) dan itu sahaja. Saya tidak menulis. Saya cuba. Tapi masih.

Doakan saya.

Jazakallah khayr!

P/s. Thank you! Yes you! That listen and give opinion truthfully when I really need it. I owe you so much! I love you for the sake of Allah. I hope ‘this’ will last till Jannah. Ameen.

#Diari

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page