top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Puisi untuk Anda

Hari ini hari istemewa Anda, 6 bulan usia izinkan diri ini bercerita moga Allah limpah kurnia

Kenal kita atas suatu cita mengejar impi awan pelangi pengalaman didamba peluang disambar Ayuh!

Dalam kenal kita saya tahu setiap serlah cahaya singgah pasti memantulkan suci yang seni dari hitam mata yang redup dari putih gigi yang tersusun dari hati yang persih bersih milik anda

Terkadang saya terfikir mengapa saat anda sudah mahu pulang anda sudah mahu kembali kembali ke seberang laut sana baharu kita ketemu dan bersua sungguh belum cukup puisi ditulis belum cukup soal ditanya belum cukup cerita didengar

Bukankah kawan yang baik juga mengingat kita dalam setiap doanya saya cuba jadi kawan yang itu dan ternyata, setiap yang terminta termakbul dan ternyata.

Anda yang mencari Dia ketemu dan yakin denganNya sujud syukur terus dilaku waktu itu gembira dan bahagia selayaknya untuk anda.

Dan sekarang sudah setengah tahun moga diberi kekuatan dan yakin abadi Usah gusar, ke Jannah kita berlari! Ameen.

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page