Ezzah Mahmud
Pistol #NationalPoetryMonth #Day20
Updated: Jan 5, 2020
Sekujur masa terbaring
Rebah jatuh longlai digugah
Peluru alpa dan beberapa panah iri
Jasadnya itu belum boleh mati
Kerja tugasnya masih tergalas
Iring ditukar tiarap ditukar rangkak
Kedua telapak menekan realiti
Langkah orang-orang itu kuat
Dengar peluru-peluru baru dimasuk
Seputar dua putar di pistol diputar
Lari masa lari. Mereka mahu kejar kau! Masa menapak selamba
Aku belum mahu mati lagi
Aku kebal #NationalPoetryMonth #Day20
