top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Pertama / First

Updated: Dec 6, 2019

Dah lama sangat dah nak menulis blog.


Tapi impian dan hasrat di hati tu terpasak utuh di dalam hati sahaja. Tak berkesempatan untuk dizahirkan di alam maya ini.


Tapi Alhamdulillah, dah jadi dah pun blog yang tidak seberapa ini (euphemistik)..


Blog ini akan saya guna untuk beberapa pekara insyaAllah. Bila ada panduan yang jelas dan mapan barulah tidak terpesong daripada niat yang utama. Berikut…


Blog ini akan menghidangkan kepada para pembara menu-menu yang pelbagai seperti;


Medan didik dan dakwah

– Diri ini bukanlah sehebat Hilal Asyraf dalam menulis artikel dan juga novel tarbiah. Tidak juga sehebat Fatimah Syarha yang menulis novel yang mampu membuat pembacanya berasa insaf dan pantas ingin berubah. Bukan juga segah Faisal Tehrani dengan barisan novel-novel pemenang anugarah penulisan itu dan ini. Tidak juga sehebat Nisah Haron yang mampu menzahir bait-bait ayat indah menggambar dengan jelas, menghargai ciptaan Allah. Tetapi… Cuma insan yang baru ingin mempergiat dalam usaha mengajak manusia kembali kepada fitrah dengan penulisannya, Allahuta’ala’alam.


Luahan rasa dan perkongsian.

– Terkadang kita salah dalam melalukan amarah kita. Acap kali benda lain yang menjadi mangsa. Jadi, kenapa tidak zahirkan sahaja ke”tidakpuas”an hati dalam bentuk penulisan. Karya yang mantap juga tu… Paling kurang akan ada individu yang mendapat kebaikan daripadanya. Mungkin teladan, tak pun dalam hati bolehlah menjerit lantang “aku pun pernah hadapi saat tu!”


Menguatkan otot-otot jari untuk menulis dan menaip karya.

– Sebagai salah seorang pelajar Diploma Penulisan Artistik dan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM. Bukankah lebih baik andai ada medium untuk mengukir bicara kata dalam bentuk penulisan untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat sekalian agar sama-sama kita merakamkan ceritera indah agar terselit dalam lipatan memori indah. Jujur… Ingin sekali hasrat di hati untuk mempunyai buku yang diterbit. Tidak kira diterbit sendiri mahupun dengan penerbitan mapan tanah air seperti PTS Publication Sdn.Bhd. ataupun Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Doakan yaa..


Minggu Penulis Remaja 2013.

– Sesiapa sahaja yang bergelar penulis pasti mahu hadir ke acara tahunan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ini. Nama-nama besar yang mengungguli industri penulisan negara lahir dari Minggu Penulis Remaja.  Antara Mantan Minggu Penulis Remaja ialah Faisal Tehrani, Nisah Haron, Zaid Akhtar, Nimoiz.T.Y dan ramai lagi. Besar harapan yang persis gunung yang cuba untuk mencapai awan ini tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi salah seorang daripada ahli MPR. Mohon dilancarkan doa-doa ke hadrat Ilahi. Jazakallahu khair!


Itu sahaja untuk kali ini. Moga kita bersua kembali. Barakallahu feek!

May Allah bless us all.. Originally posted on ezzahmahmud.wordpress.com on 20th April 2012


1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page