top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Perkongsian Hilal Asyraf yang Epik

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera wahai pembaca tersayang (I know who you are insyaAllah, Thank you in advance! ❤)

Seperti yang tertera di calander yang terletak di sebelah kanan muka web ini, sudah dua hari saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog saya.

Sedih sudahpun menmbengkak di hati kerana saya tidak menyelesaikan Misi Cerpen saya mengikut durasi masa yang saya sendiri tetapkan iaitu satu hari satu bahagian cerpen yang akan ditambah semua tujuh bahagian menjadi cerpen insyaAllah.

Hari sabtu yang lepas, saya menghadiri sebuah program yang mulanya saya agak teragak-agak untuk hadiri. Kenapa? Terdapat empat program yang saya kira sangat dekat dengan hati saya dan amat rugi andai tidak menghari setiap satu daripadanya.


Bengkel Penulisan Hilal Asyraf

Tapi, Alhamdulillah, Allah izin dan beri kekuatan untuk saya menghari Bengkel Penulisan bersama saudara Hilal Asyraf yang berlangsung di Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqas di kawasan Batu 4, Gombak. Bertolaknya saya daripada kampus UiTM Puncak Perdana bersama bas UiTM yang waktu itu ingin menuju ke UiAM, membawa seramai 34 pelajar menghadiri sebuah program. Mulanya saya agak risau kerana berdasarkan perhitungan saya, saya akan sampai lewat kerana perlu mengambil 3 bas rapid, lrt dari Stesen Bangsar ke lrt Gombak dan menaiki teksi ke masjid tersebut. Tetapi, pagi itu, saudari Syaza, ketua rombongan program di UiAM mengajak saya untuk turut serta seusai dia melihat saya menunggu di hentian bas dan bas waktu itu juga tidaklah penuh.

Sesampainya saya di masjid tersebut, saya pun mendaftar dan saudara Hilal Asyraf turut berada di situ, sibuk menandatangani buku baharu beliau yang berusia sehari. (Hiperbola – waktu pegang buku tu, panas lagi! Sah baru keuar daripada mesin print, hehe.) Saya memulakan perbualan memecah sepi.


Autograph! =D

“Assalammu’alaikum Bro Hilal, saya Ezzah. Saya hadiri bengkel anda 2 tahun lepas..”

“Wa’alaikummussalam, saya ingat kamu, kamu hadiri yang bengkel yang dekat Kedah kan?” Terbang saya ke awan dan kembali.

“Ye, sayalah tu. Alhamdulillah, saya belajar penulisan sekarang, Diploma Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM” terang saya hanya dengan satu nafas.

“Owh, minat betul kamu menulis” kata beliau sambil senyum.

Saya mencapai karya saya yang pertama berjaya terbit dari zip paling belakang beg galas hijau saya, buku himpuan cerpen Sepuluh Ribu terbitan SeLUT Press dan berikan kepadanya.

“Eh, untuk saya ke ni? Terima kasih.” Saya harap beliau baca cerpen saya dan komen insyaAllah.

Kami berjalan seiring menuju ke bilik seminar dan tidak kurang beberapa minit selepas itu bengkel pun bermula. (Alhamdulillah, on time!!)

Secara ringkasnya, bengkel ini terbahagi kepada 5 bahagian. Topik yang dibincangkan sangat praktikal dan mudah. Dimulakan dengan perihal niat dan matlamat. Saudara Hilal menceritakan bahawa peri pentingnya bertunjangkan niat yang tepat agar tak terpesong dan matlamat yang jelas agar tampak jelas mana yang kita hendak tujui. Terkesan saya, jujur. Sudah lama saya tidak betul-betul memikirkan perihal menulis ini hingalah hati ini dijentik oleh kenyataan Hilal.

Berhenti seketika untuk kudapan pagi dan sesi kedua bermula!

Seterusnya, perihal menjemput idea dan bahagaimana hendak membumikanya. Sugguh, walaupun saya belajar penulisan dan Alhamdulillah, sudah konsisten menulis, saya dapati dengan perkongsian teknik yang saudara Hilal guna amatlah kena dengan dilema yang saya hadapi dan selepas ini insyaAllah akan lebih produktif dan kreatif! Amiin!

Terdapat beberapa aktiviti yang kami lakukan bersama yang saya rasa sangat membantu saya sebagai penulis baru yang masih hijau untuk membumikan idea. Saudara Hilal ada menyatakan yang kita perlu rancang dan fikir idea menggunakan kaedah menujahkan persoalan-persoalan dan antara amaran yang beliau berikan kepada kami ialah, jangan menulis dengan otak yang kosong idea, jangan menulis setelah anda berada dihadapan koputer riba anda. Tak lupa, perlulah disiplin dalam membentuk peraturan dan jadual, quote;

“Kalau tidak ada jadual dalam hidup, bolehlah kirim salam pada kejayaan”

Kami semua menikmati makan tengah hari, Nasi Ayam dan Air Sirap sebelum menunaikan solat Zohor dan kembali ke dalam bilik seminar. Ada yang berehat tapi saya tak lepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saudara Hilal.


IMG-20130119-00655

Slot seterusnya ialah perkongsian pengalaman beliau dalam blogging. Saya dapati slot ini amat sangatlah sunggguh (<- kesalahan tatabahasa, tapi gaya bahasa Licentia Poetika saya guna =P) bermanfaat kepada saya. Domain ezzahmahmud.com ini akan saya manfaatkan sepenuh-penuhnya. Sugguh, antara komen Hilal yang menembak terus ke dada saya ialah tiada orang yang membaca blog kita. Tapi, saya girang bahagia kembali apabila beliau menyatakan bahawa, sebagai penulis, perlulah Syok Sendiri, ulang suara, Syok Sendiri (muka tebal itu perlu, kalau anda tahu anda betul dan boleh pergi jauh dengan menulis =P) insyaAllah, akan lebih produktif mengemaskini blog, doakan wahai pembaca budiman.

Slot terakhir, dikelolakan oleh Encik Nazri Nasir, salah seorang orang terpenting Penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd yang bertanggungjawab menerbitkan buku-buku awal Hilal Asyraf. Beliau memberi cerita dalam (directy translate from “the insider’s story) berkenaan selok-belok dunia penerbitan. Mapan!

Sejujurnya, saya merasakan bahawa apa yang saya peroleh daripada bengkel ini amatlah membantu penulisan saya. Tidak rugi langsung rasanya untung menhadiri buat kali kedua. (Kali pertama, sewaktu 2010 dahulu, saya hanya sempat hadir satu hari sahaja iaitu pada hari saptu kerana, pada hari jumaat saya punyai kelas [cuti di Kedah dan Pulau Pinang tidak serupa])

Beberapa momen yang tidak mungkin saya lupakan ialah apabila saudara Hilal berkonsi proses kreatif beliau dengan kami semua sewaktu menulis novel Hero. Ketahuilah yang terimbas kembali memori membaca novel itu selepas SPM dan diterbangkan jauh kembali kepada perceritaan dan plot serta sub plot cerita tersebut. Epik! Sangat jelas, terang dan nyata cara percambahan idea beliau. Jelas, orangnya sangat banyak membaca dan berfikir. Tak lupa, sewaktu beliau menayangkan trailer filem-filem seperti Afterlife, Inception dan beberapa klip video lain, berbung dan bertunas indah hati saya kerana minda saya menjerit-jerit, “this is totally what I’m doing, creative writing in film school!!! Awesome!!! so so so liking it…

Syukur yan tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah kerana mengizinkan saya untuk hadiri bengkel ini dan memberi hidayah kepada hati saya untuk membuat keputusan yang tidak mungkin saya sesali.

InsyaAllah, dengan sedikit sepakan dan tamparan semangat daripada saudara Hilal tempoh hari, saya akan lebih produktif dalam menulis dan doakan saya berjaya hasilkan novel saya dalam tahun ini. Ameen. Say Ameen please. =D

Itu sahaja buat kali ini, nantikan sambungan Misi Cerpen!

Baraakallahu feekum ❤

#Diari #Inspirasi

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page