Ezzah Mahmud
Penat yang ingat.
“Serabut! Sibuk! Penat! Penuh! Tepu! Ahhhh!”
Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya memastikan blog ini dikemaskini. Sudah hampir dua minggu tidak terusik. Berhabuk seketika. Maaf ya wahai blog ❤
Serius! Dua minggu lepas saya dipenuhi dengan aktiviti yang saya kira mampu jadikan diri ini lebih berpengalaman dan juga lebih matang dalam berfikir dan melakukan apa jua kerja insyaAllah.
Percaya atau tidak, tahun 2012 saya akhiri dengan melakukan aktiviti yang saya suka, bersama orang-orang yang saya bahagia bersama dan menujah saya ke arah impian saya dalam mencipta legasi dalam industri seni (tak kira penulisan mahupun perfileman, insyaAllah)
Twins of Faith 2012
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ar Rahman, saya telahpun melibatkan diri secara langsung dengan conference yang dianjurkan oleh Mercy Mission tahun lalu.
Twins of Faith 2012 berlangsung di PICC (Putrajaya International Convention Centre) pada tanggal 29 dan 30 Dec 2012. Saya merupakan salah seorang sukarelawan untuk persidangan ini.
Seperti yang saya khabarkan, saya melakukan bersama-sama insan-insan yang saya sayang, dan lakukan apa yang saya suka juga!
First and foremost, kekanda tercinta, Faridah Mahmud juga merupakan salah seorang volunteer. Alhamdulillah, TOF2011 yang berlangsung setahun yang lalu merupakan program pertama yang kami sama-sama volunteer. Tahun ini sekali lagi. Indah!
Saya dan rakan-rakan yang majoritinya telahpun pernah bekerjasama dalam Projek Dokumentari Mustafa Davis iaitu, Esah Ezral, Akwa Arifin, Imran Omar, Jeycobs Leroy, Amzar Razali, Wan Muhammad Izmil serta dua orang rakan baik saya Diyana tak lupa Aidil Razali, Zali Mazli dan Khuzairi Yusoff. Kami bersama-sama membantu dalam aspek media (Photography, Videography,and Press/Interviews)
Saya tak pernah berasa sebahagia ini selepas Projek Dokumentari Mustafa Davis. MasyaAllah. Moga Allah kekalkan ukhwah ini dan mudahkan segala urusan kami semua untuk menuntut ilmu dan memnyebar-luaskan sayap kami agar jadi rama-rama bukan kepompong saja!

Akwa Arifin! Humble and down to earth orangnya =D

Diyana, Esah sempat bersembang dengan Uncle Jawad, salah seorang performer untuk Twins of Faith 2012

Alhamdulillah, sempat one to one dengan Amir Sulaiman! MasyaAllah, epik! ❤

Dari kiri, Diyana, Emir, Intan, Nadia, Shy, Zali and me! ❤ Esah dah pulang T_T

Video Charity Right (Product of my whole team, Alhamdulillah)

Aidil kacak berjubah sambil handle camera! =D
Ohio University Student Project
Selari dengan persediaan Twins of Faith 2012, saya juga terlibat dengan satu project kerjasama UiTM Puncak Perdana, Fakulti Filem,Teater dan Animasi bersama dengan student Ohio University.
MasyaAllah, tak tercapai akal juga terkadang, Allah beri ruang dan peluang untuk sertai projek ini. Apa yang berlaku ialah pelajar-pelajar Ohio University ini datang dibawah subjek Adaptasi, mereka perlu adaptasi sebuah cerpen ke filem pendek.
Pengambaran berlangsung di Kampung Budiman, Meru. Alhamdulillah, pengalaman yang indah untuk semua crew. Dan untuk kesekian kalinya, saya bersama-sama dengan rakan-rakan yang saya sayang sertai projek ini. Basically, semua yang jadi sukarelawan media TOF2012 sertai projek ini.
Short film ini berjudul “Home for Hari Raya”. Berkisah perihal seorang pemudi yang berkonflik dengan diri dan keluarganya sewaktu pulang berhari raya kerana terkenang kesedihan dan kesusahan yang ibunya hadapi seusai ayahnya berkahwin isteri ke-dua.
Saya berbakti bersama-sama Jeycobs Leroy membantu Kyle Fedeley dan Megan Lang untuk Art Direction Department. Apa yang berlaku ialah saya dan rakan-rakan ialah individu-individu yang bertanggungjawab memastikan apa yang masuk di dalam skrin itu indah dan cukup serba serbi. Baju pelakon perlu sediakan dan kontinuiti perlu dijaga. Props dan segala yang sewaktu dengannya juga perlu disediakan. Alhamdulillah, Allah mudahkan saya dan Jeycobs dengan sumber-sumber props yang tak susah dan tidaklah terlalu mencabar.
Kami semua lebih kenal dan lebih akrab selepas projek ini! Indah!

Jeycobs, Amzar, Akwa dan Imran =D

Sam with other bros from UiTM!

Thanks to Imran Omar yang sudi pinjamkan camera Canon 60Dnya. Alhamdulillah, dah boleh lah nak ambil gambar simpe dan cukup unsur seni =P

Jemput makan semua! ❤

Steve, Kyle and Emily =D
SubhanAllah, tak pernah saya rasaka yang diri ini lebih produktif daripada saat ini. Pengalaman yang diterima tak mampu dijual beli dan ditukar ganti.
Penutup kepada tahun 2012 ini, saya belajar pebagai pekara yang mendidik. Tidak cukup dan tidak mampu untuk diceritakan dalam satu post sahaja. Moga Allah izinkan saya untuk menzahirkan segala yang saya ingin nyatakan, ceritakan dan ucapkan sebelum nafas terhenti!
Baraakallahu feekum! ❤