Ezzah Mahmud
Palestin Aku Datang
Palestin, Aku Datang.
Aku mahu Ke Gaza meniti jalan-jalan sunyi sambil melambai dan membalas senyum setiap isi hidup di kering tandusnya.
Aku mahu, Ke Jericho merasa badam segar rangup memecah dalam pepak jangung yang baharu berpucuk segan kurma segar menguat mengakar.
Aku mahu bertemu Ummu Nidal memeluknya erat menyerap sedikit kasih dan kuatnya tega menyerah anakanda kesemua untuk shahid di jalanNya
Aku Mahu Ke Hebron melawat adinda-adindaku yang ditangkap tanpa tanya yang digari tanpa ehsan diri kerana seketul batu kecil hinggap di tangki besi sadis.
Aku mahu Ke Al Aqsa. Walau sekejap walau seketika Mengubat rindu yang meluka bengkak dan tangis pilu yang melemas nafas. Sambil menyapa ibundaku yang tabah ayahandaku yang gagah kekandaku yang bahagia adindaku yang ceria
Menang itu janji! Sabar itu Jannah! Jom!