top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

oztiks

Berjaga sepanjang malam

Sembunyi semua pisau

Hilang runtuhkan segenap berang

Aku di sini, depan pintu berjaga

Tidak mahu dia lari,

Tidak mahu dia kasari

Turut semuanya,

Segala apa yang ‘suara’ itu katakan padanya

‘Skitzo’, jangan main-main dengan kata ini

Kau tahu makna sebenar?

Kau tahu siksanya apa?

Aku, meragutlah rerumput daya

Untuk mencapai sisa nafas

Mahu ditempek di semua lohong

Lohong tertoreh usai ditusuk

Realiti perit sakit pahit

yang Ibuku Skitzo

Kini, ujian Tuhan aku syukuri

Ibu perlu aku jagai dan kasihi

Sebab esok untuknya belum pasti

Untukku juga mungkin sudah tiada lagi

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page