top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Oh blog, lama tak ketemu

Updated: Jan 6, 2020

Okay, sekarang dah 0015 dekat sini. Oleh sebab saya dah lama sangat tak kemas kini blog, cabaran suka-suka yang saya mahu cuba malam ini ialah untuk tulis sampai 0030, tengok apa yang boleh terhasil daripadanya dan terus kemas kini ke blog. Bismillah!

Ready, get set, go!

Saya sedar yang belakangan ini saya sangat kurang menulis. Dan, saya dapat rasa saya makin tumpul. Allah almustaan 😦

Entah, saya pun kurang pasti macam mana boleh jadi macam tu, tetapi, teori yang saya mampu hadirkan ialah saya selalu lambat-lambatkan satu-satu rasa yang bakal tersembul sebagai puisi ataupun luahan dalam bentuk perkataan hingga ianya hilang. Puff! Masa nak cari balik, mau dia lari jauh-jauh.

Belakangan ini juga, saya dapati saya mudah rasa rendah diri tak pasai-pasai. Rasa macam tak layak. Rasa macam tak cukup bagus. Hinggakan saya yang selama ini, yang konfiden, yang tau apa dia nak, dan yakin diri sentiasa, makin terhakis daripada seorang saya.

Saya juga kurang membaca. Menyesal tak bawa 2-3 buku puisi, buku A. Samad Said, buku Pak Agi, buku Fynn Jamal, buku Wani Ardy, buku Muhammad Haji Salleh. Kena beli buku online lah nampaknya. Huhu.

Nak menambahkan serbuk kari Babas dekat dalam resepi ni, kamera DSLR Sony A33 saya telah memilih untuk meninggalkan saya selama-lamanya. Sedih pun ada jugak, dengan camera tu lah buat doku pertama terhasil. Oh, camera, y u leave me. Kena simpan duit untuk beli camera baru ni, insyaAllah.

Okay, dah tinggal 4 minit.

Alhamdulillah, dalam semua kekalutan dan kecamukan diri dan minda di kala minggu akhir sudah mula menyapa, Allah beri kesempatan untuk menikmati indahnya seri bulan penuh beberapa hari ni. SubhanAllah, bulan waktu ni tengah cantik. Makanya patik hadiahkan pemandangan itu buat tuan hamba yang jauh disana tapi sentiasa dekat di sini, dekat hati.

Yang pasti, dalam setiap susah pasti ada senang. Siapalah sangat kita nak rasa susah, cuba campak diri dekat posisi orang dekat Palestin dan Syria nu. Allahu Akhbar!

Akan cuba untuk lebih produktif! Doakan saya ya rakan-rakan.

❤ Ezzah Mahmud

#Ingat #Kawan #Jiwa #Life #Ceritera #Diari #Inspirasi #Hati



1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page