Ezzah Mahmud
Nanti
Nanti Aku akan jadi
Insan yang mengingat Pabila wajah kau berurat kedut Insan yang menyayang Pabila tangan kau dilepas lupa Insan yang berbicara Pabila bibir kau merekah kering
Nanti Aku akan cuba
Romantik Dalam setiap senyum, tawa, suka Rindu Dalam setiap mimpi, tenang, lena Ingat Dalam setiap langkah, pesan , bakti Kenang Dalam setiap doa, zikir dan impi
Nanti Aku akan khabarkan
berita dari lubuk jiwa yang telah kau pancing puluhan tahun dulu terima kasih kerana sudi
Ya Allah, tumpahan kasihMu! Tak mampu ku kira