• Ezzah Mahmud

Mungkin Cinta

Mungkin

Mungkin cinta sama kelas dengan kita sejak darjah satu Mungkin cinta duduk sebelah kita di stesen bas dua tahun lepas Mungkin cinta yang beratur di belakang waktu beli makan

Mungkin cinta sepupu dua belah mak kita Mungkin cinta baru nak masuk sem satu diploma Mungkin cinta jiran sebelah tingkat atas flat kita Mungkin cinta musuh debat kita masa lawan ala parlimen Mungkin cinta senior kita dekat kampus Mungkin cinta tengah bercinta dengan orang lain

Mungkin cinta dah malas nak bersua mungkin cinta tak pernah jumpa Mungkin cinta tak percaya cinta Mungkin cinta belum masa Mungkin cinta belum perlu Mungkin cinta belum mahu

Mungkin cinta belum lagi di izinNya

0 views

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now