top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Mungkin


along_the_tracks_1_b

Terkadang tak perlu aku tunggu mak telefon pancarkan saja rindu di hati, kurang lima minit meniti dering lagu Outlandish membising terpapar ‘Mak Hp’ sambil lip lap lip lap di layar telefon berihitam

Mak tak sama macam ayah kalau ayah yang telefon ‘Duit ada tak? Ada masalah tak?’ aku tahu yang, bila ayah tanya ayah sebenarnya maksudkan ‘Rindulah! Bila nak balik!’

Aku ambil masa bertahun lepas tahun dan tahun untuk faham bahasa ini mungkin aku kurang memerahati mungkin juga kurang menghargai dan semestinya kurang peduli

yang aku ni anak orang aku ni adik orang aku ni kawan orang aku ni warga masyarakat aku ni perempuan aku ni manusia aku ni ada hati aku ni tak kebal mana aku ni tak hebat mana aku ni HAMBA!

Aku ambil masa lepas jatuh tertimpa duka terpijak duri-duri nista sambil ditembak-tembak peluru dunia

Terus, mak ayah kakak kawan juga yang sayang kita tapi lupa sahaja selalu memanjang yang kita tak cukup sayang zahir cinta, serlah rindu dan pasak penghargaan kepada mereka yang berhak lebih daripada kepada dia yang kita rasa berhak dia yang mencuri. Pencuri

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page