Ezzah Mahmud
Misi Cerpen (Bahagian 2)
Nafas dihela perlahan. Khalid cuba memisahkan kelopak matanya yang terasa berat dan ketat untuk dikoyakkan. Bau kelat ubat menusuk rongga nafasnya yang terasa pedih. Jejari kanannya cuba digerakkan untuk menyentuh kulitnya hidungnya yang berbahang pedih. Belum sempat jejarinya digerakan, dia mengerang sesederhana kuat. Ternyata, remuk patah kebanyakkan tulang yang membangun tubuhnya.
Hafas Khalid dihela, agak panjang kali ini. Mindanya yang cuba memikirkan apa yang berlaku kini makin boleh menganalisa dan mencerna. Matanya mengitari wad 701 inci demi inci. Bilik yang cuma punyai katil, langsir dan beberapa kusyen itu tiba-tiba bergema dengan derap tapak kasut yang kian kuat hingga tampak kelibat seorang jejaka.
Dr Azri yang tinggi kurang 170cm itu melangkah menuju hujung katil Khalid. Tangan kanannya yang terhias jam Swatch itu menyelak dokumen yang tertera nama penuh Khalid di hadapannya. Khalid cuba mengecilkan matanya untuk melihat wajah Dr Azri. Sudahlah rabun, kaca matanya tidak disisi kerana sudah pecah lerai dalam kemalangan yang dia alami.
“Asslammu’alaikum Khalid.” Dr. Azri menyapa Khalid, memecah senyap sunyi.
“Wa’alaikummussalam doktor.” Jawabnya mudah, bersulam suara tenggelam.
“Kau ingat aku tak?” Keramahan Dr. Azri menimbul mushkil yang akhbar di dada Khalid.
“Ayie? Azri Safwan? ya Allah! Biar betul. Dah jadi doktor, masyaAllah.” Bicara Khalid separa jerit. Kesakitan melawati bahagian rusuk. Terus kaku Khalid kembali.
” Betullah, dah tak ingat aku ke?” Tangan kirinya pantas mencapai kaca mata yang berlensa Transition itu dan meletkkannya di atas dokumen yang dibeleknya tadi.
” Wah… SubhanAllah, tak sangka kau dah jadi doktor. Seingat aku, lepas kematian dia, kau ‘hilang’?” Kata Khalid terhadap Dr Azri, perlahan dalam lemah selemah suara hatinya menzahirkan kenangan itu.
” Manusia berubah lah, aku dah lain sekarang. Alhamdulillah, Eh. Kau pun… MasyaAllah, SubhanAllah, perkataan-perkataan macam ni yang kau sebut, tak pernah aku dengar kau cakap macam ni masa dekat MRSM dulu. Kau..”
Belum sempat Dr. Azri menyudahkan ayat yang ingin dia katanya, Khalid menyekat aliran cakapnya.
“Aku pun dah lain sejak…”
– Bersambung-