top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Misi Cerpen (Bahagian 1)

Produktif? Proaktif? Peluang? Ruang?

Semua ini adalah persoalan yang saya tanya pada diri saya sendiri. Kotak fikir ini dah penat memikirkan idea untuk menjadi produktif dan mengahasilkan sesuatu yang lebih baik, yang boleh pergi jauh dan mampu menajamkan minda insyaAllah.

Oleh itu, dengan ini, saya mencabar diri saya untuk menulis satu cerpen seminggu! A’ha! Itu dia, telah saya sebutkan. SATU MINGGU SATU CERPEN, insyaAllah.

Okay, bagaimana ini akan berlaku?

Seperti yang saya rancang, setiap hari saya akan menulis sebahagian daripada cerpen yang akan disambung-sambung menjadi cerpen yang lengkap menjelang hari ke-7.

Saya tidak namakan cerpen itu selagi tidak menjadi cerpen yang lengkap. Kenapa? Kerana saya yakin tajuk perlu hadir dihujung. Perihal ini bukanlah daripada penulis mapan atau novelis hebat, cuma kerana, Ezzah Mahmud yang mahukan demikian.

Apa yang saya mohon dan harap daripada para pembaca sekalian ialan;

1) Respond yang jujur, tidak kira bagus atau tidak. (Jatuh bangun sepak terajang dan sepak tumbuk dalam penulisan itulah ubat yang paling mujarab untuk bangun dengan lebih tinggi dan gagah)

2) Sebenarnya itu sahaja. (^^,)

Ps. Tak lupa doa untuk kita. Yes! Untuk kita. Moga berjaya di sini dan sana!

Selamat membaca! Bismillah ❤

(Bahagian 1)

“Terima kasih mak cik, saya beli..”

Senyum segaris Khalid berikan sambil tangannya mengambil duit baki yang kurang dua Ringgit itu daripada jurujual yang kelihatan berusia sebaya dengan ibunya. Suara hati kecil Khalid sudah berbunga riang dan berpucuk girang takala Khalid mengambil keputusan untuk membeli juadah kegemarannya untuk iftar tidak kurang tiga puluh minit lagi.

Dia menoleh ke belakang sebelum membelok ke kanan. Belum sempat Khalid melangkah pergi daripada  warung Nasi Lemak Kukus yang berada di sebelah hentian bas berdahapan dengan kampusnya itu, kepalanya dirasakan mencium kasar jalan tar yang hitam keras itu.

Sakit. Dunia kelihatan sederhana cerah dan makin kelam setiap suku saat yang berlalu.

“Allah… Allah… Allah”, sebut Khalid sebelum matanya terpejam, gelap, kelam, malam, hitam, seram.

-Bersambung-

#MisiCerpen

0 views0 comments

Recent Posts

See All

Khalid tersandar malas di atas katil bujang pinjaman pihak maktab. Biliknya yang dikongsi bersama adik-adik junior tingkatan 4 itu dicat warna hijau biru muda. Warna yang tidak sangat dia gemari. Puda

bottom of page