• Ezzah Mahmud

Mikroskop

Tak faham! Pandang kau dikecil seni dalam corong lohong mikroskop juga kau pilih untuk lihat.

Dalam luas puas dunia ini segala indera kau lipat lumat kasi muat dalam sendat padat sempit sekaliannya lubang jarum itu.

Angkuh, merasa dengan seluruh sel yang menyusun seorang tubuh pejal kau, kamu, anda, awak milik segala duka dan gundah milik segala luka dan susah

Kau pernah cuba teleskop? biar luas, yang jauh gemerlapan bisa ditangkap indera lihat berjuta juta juta juta bintang ada yang kelip, ada yang segan timbul ada macam macam macam serlah

hidup kau bukan seorang kau ada aku, ada mereka, ada kita. masalah kau, masalah aku, masalah mereka, masalah kita!

dalam segenap susah kau yang itu ini ke sini, berikan sedikit padaku, biar kita bersama berdua bertiga berkita bermereka bersemua. bersusah-susah supaya senang nanti…

Bismillah!


http://www.hitrecord.org/records/661592

#Puisi

0 views

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now