top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Mengukir Sejarah dalam Kitab Hidup!

SubhanAllah! Serius!

Macam tidak percaya sudah ada domain sendiri.

Cadanganya hanya mahu singgah dan menjelajah wordpress.com yang akhbar dan luas ini, tiba-tiba, idea paling random menggugah kotak fikir.

Hmmm, kenapa tidak cipta sehaja satu domain, mampu milik dan tidaklah susah mana untuk diusahakan

Terus, aku tulis apa patut, baca apa patut, dengan beberapa click, nah! Siap.

Sebenar dan sejujurnya, aku cuma mahu menulis dan insyaAllah, dengan adanya domain sendiri ini pasti aku akan lebih serius menulis dan berkarya tak lupa berkongsi dengan anda! Ya! Anda yang menghargai!

Motivasi! Itu yang aku perlu!

Terlalu leka sehingga basi segala motivasi, tinggallah motibasi!

Menulis memang perlu ada mood yang sesuai dan tolakkan yang mampu gerakkan jejari ini untuk menulis, akal untuk berfikir serta hati untuk merasai! Tanpa hati, tiada makna segala ini!

Moga usaha kecil ini Allah redha dan mudahkan segala urusan.

InsyaAllah, jom sama-sama kejar JannahNya!

Doakan agar kita sama-sama istiqamah ya! Amiin..

Baraakallahu feekum! ❤

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page