Ezzah Mahmud
Mengadah
Hantuk aku di dinding waktu biar luka retak seribu hantuk aku di dinding masa biar lama biar leka dari mengadah ini itu dari melangkah sini situ dari marah diani diatu
dua puluh tolak satu tahun depan dekad baru cuba jadi lebih baik cuba jadi lebih baru baru yang indah baru yang serlah baru yang tak kalah
Mengadah definisi selepas apreasiasi terkadang lupa anugerah ilahi yang buruk dan sebalik yang baik dan sebalik semua itu ujian ujian itu mulaan mulaan kepada hidup hidup yang sekejap sekejap di sini sini sebelum sana sana yang lama lama yang sangat lama!