top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Mencari Inspirasi?

Assalammu’alaikum, hi!

Harap anda di sana sihat sahaja. Terima kasih kerana sudi klik link untuk ke post ini. Beribu terima kasih daun keladi saya ucapkan.

Mungkin anda ternanti-nanti Misi Cerpen (Bahagian 3), tapi saya masih lagi belum berkesempatan untuk memuat naik kerana saya merasakan yang hasil tulisan itu masih perlu diperhalusi insyaAllah.

Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi tentang perjalanan saya pulang mencari inspirasi dan juga melakukan beberapa penggambaran di kampung halaman saya (tidaklah kampung sangat rasanya kerana saya membesar di Georgetown, yang saya kira sudah seperti kampung batu yang tak cukup pokok) untuk menyertai pertandingan filem pendek AIFFA 2013 (ASEAN International Film Festival and Awards). InsyaAllah, bila siap diedit kelak, akan saya muat naik untuk tontonan anda.


Image

Georgetown, suatu bandar yang punyai jutaan cerita yang tak mampu untuk dirakam, ditulis dan dibuku dalam masa yang singkat.

Membesarnya saya disini, sangat kurang saya menghargai dan menikmati setiap tekstur dan baris jalin dinding serta jalan yang kaya dengan warna yang wujud di setiap inci bandar Georgetown.

Seusai saya bejalar di UiTM dalam jurusan Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, baharulah saya sedar perihal ceritera yang dibawa oleh bandar ini mampu menjadi satu memoir yang berimpak andai diceritakan dengan bahasa yang betul.

Oleh sebab itu, dalam ruang dan peluang yang saya peroleh, saya cuba sedaya upaya untuk pulang ke Penang untuk mencari inspirasi dan cuba untuk produktif sehabis baik. Alhamdulillah, hanya dengan menhidupi hidup di Penang dan memerhati setiap wajah yang ada di kampung, di jalan, di setiap senyum, disetiap tubuh, terhasil beberapa karya kreatif yang saya mulanya tidak terfikir pun tentangnya.


Image

insyaAllah, nantikan kehadiran dan kemunculan video, cerpen dan puisi dalam masa terdekat ini ya.

P.S. Peghargaan buat saudara Imran Omar yang meminjamkan camera beliau dan saudari Nur Diyana Zainal Abidin yang sudi menemani. Jazakallah khair.

Baraakallahu feek!

1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page