• Ezzah Mahmud

Menang


Menang, kalah, dua implikasi, kau akhir sebagai pemenang atau kau akhir sebagai yang kalah itu, pasti.

Siapa yang tentukan pemenang? mungkin ‘bagaimana’ menentukan pemenang itu lebih tepat untuk ditanya.

Kalau kau ikan turut beradu lompat-lompat kekura dan arnab, … kalau kau kuda yang masuk acara berenang ikan lumba-lumba, Siapa yang akan sampai ke garisan penamat dahulu? atau mungkinkah kau akan berjaya menginjak pada langkah-langkah yang mula?

Beza, itu buat kau serlah, jadi… jangan risau, pengalaman itu jauh lebih mahal daripada…

Ingat, kau dah menang sejak kau pecahkan tangis yang pertama.

#Puisi

1 view0 comments

Recent Posts

See All