top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Lanun


DCF 1.0

Hoi lanun di laut cinta cuba untuk menculik zahirku peris gelora laut haru biru hatiku yang ribut ribu beliung pasir hitam bercampur debu dusta

pelik! lurus pula ketam ini berjalan mungkin sudah mahu akhir waktu ikan pula berpusu-pusu maju kedarat ayuh kedarat sekawan cuba renang lawan arus yang gedang

bayu yang sepatutnya sepoi tidak begitu ayu menampar, kasar daratan itu tidaklah jauh mana terlihat sampan buruk manusiwi terdampar gagah tapi kalah ufuk barat jadi karat indah tapi kian pudar serinya dilihat kepala mata yang sakit sakit jiwa dan atma sakit kecewa dah lama

Pondok kayu yang layu suram gelap nan kelabu jala zaman koyak rabak cuma nalayan cuba cantumi dalam hujung petang yang pagi udang menuntut kaki sotong menuntut janggut ikan menuntut sirip sakit terkena masin luka yang ditoreh durjana pemilik daya

biru laut hanya pada nama sudah kicau burung aku rindu adagio sunyi aku perlu terus, lanun pencuri zahirku kembalikan! aku mahu… mahu hati aku kembali

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page