top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Laju Lagi

Lajukan saja kenderaan Biar membolos lelampu warni Kisahkah kau samua amaran itu Bukan kau mahu maju melaju Walau jalan sesak Sampai pecah kaca depan Terderai luka tersiat muka

Lampu itu disitu bukan batu Boleh saja pilih untuk tidak setuju Sediakan diri untuk celaka Walau kau tahu aturannya apa Sengaja melawan gagah Fikir kebal dasar bebal

Hidup memang sekali Mati juga sekali Lepas itu abadi Sedia?

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page