top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Kisahkan #NationalPoetryMonth #Day21

Updated: Jan 5, 2020

Aku kisahkan yang indah-indah

Sama bonda saban hari

Kerna aku yakin tahu

Beliau bosan dipangku rindu

Dan kalah dengan khali di kampung.

Kerana kisah ini berupa

Bait-bait indah yang tak terpuisi

Jalin-jalin seni yang tak terlukis

Rasa-rasa ria yang tak tercakup fikir

Dan bonda orangnya tak banyak cakap

Langsung aku kisahkan yang indah-indah #NationalPoetryMonth #Day21


0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page