• Ezzah Mahmud

Kira #PuisiRamadan #HariKe2

Updated: Jan 5

Kiralah segala apa yang kau ada

Satu demi satu demi satu

Sehelai demi sekeping demi sebuah

Sepucuk demi sepotong demi seutas

Dan sedia untuk bergundah dan termalu

Sama betapa kau tak sedar

Yang Tuhan itu Sayang benar ke kau

Walau bukan semua kau nak, kau dapat

Tapi semua yang kau dapat itu

Tuhan nak kau dapat.

Bukankah Dia Yang Maha Tahu apa yang ada

Dalam sudut paling lubuk hati kau itu. Ayuhlah beriman dengan yang kau imani

Dan bersyukur sementara boleh. #PuisiRamadan #NoteToSelf #HariKe2


1 view

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now