Kikir


Image

Aku cuba berpuisi girang menzahir indah tuk kenang menulis warkah tuk menyenang mencipta cereka tuk dicerna

Tapi, aku dah tipu aku ikhlas dan jujur dah jatuh jatuh nombor dua.

Menulis aku menulis menconteng garis sebaris untuk menyata rasa untuk memuntah duka sama menimbul resah

Serlah segala cerkah dalam luar susah gundah cipta aura gugah gagah secebis, sekelumit api  marah

Aku selam dalam dalam masuk dalam kolam fikir terjal akal sulam kikir luka semua alam dalam tandus tenang yang aman kering rindu yang madu hilang aku yang aku

#Puisi

0 views0 comments

Recent Posts

See All