top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Ketemu

Kau igau malamku dengan kacak rias wajahmu kau hias mimpiku dengan agam gedang jasadmu kau jentik hatiku dengan pesona pekerti diri

Aku ingin jadi isteri yang kau bangai pasangan yang kau cintai sahabat yang kau kasihi suri yang kau rindui taman yang kau teduhi

tidakku mahu intan berlian cukup cuma kasih perhatian tidakku mahu bulan dan bintang cukup  cuma redup wajahmu tidakku mahu istana kayangan cukup cuma rumah diaman

Memang bukan kita berdua tapi aku dan kau tak jauh beza aku tahu apa kau mahu aku juga mahu begitu ternyata kita masing-masing cari tinggal ketemu sahaja belum

Sugguh, sukma dan nubari bukan kau tahu sepatah apa jangan kau anggap segala semua aku tahu apa siapa mengapa aku

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page