Ezzah Mahmud
Kerjakan
Gulung-gulung-gulungkan Leper jiwa bertempek surat wasiat Masukkan dalam balang kaca Baling laut lepas
Lipat-lipat-lipatkan Selit dalam buku Biar bakar sampai abu Terbang hilang angin tendang
Tiup-tiup-tiupkan Biar bara julang agung Kemudian panggang segala satu Kasi hitam zulmat gejala
Siat-siat-siatkan Daki kutu yang menebal Pada jasad dan hati Terkumpul saat mulai lagi
Pepak-pepak-pepakkan Batu hasut yang diraitai leher Buat tertarik mengikut laju Pada kata dan ini itu
Kunyah-kunyah-kunyahkan Daging saudara kerabatmu Pabila seuntai kata kau zahirkan Hanya untuk menyakiti
Belah-belah-belahkan Peparu yang ku pinjamkan Buat kau hela nafas Saat dia curi dan rentap segala
Simpan-simpan-simpankan Niat untuk kau lukakan lagi Usai kau suntikkan dengan ubat Berupa bisa sakit memutih mata
Hilang-hilang-hilangkan Moga lupa segala duka Kerana teringat janjiNya Melebihi segala!