top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Keputusan


gawright2-926341

Tapi aku punyai jantung yang berlubang agam kerana takutkan kau marah dan gusarkan kau gundah aku akur ikut tak kata apa apa sepatah tak terpacul

Shhh… aku tahu kau tahu tapi cuma Dia tahu apa aku fikir bukan cuba membina abar, tapi aku punya suara kecil namanya ‘mahu’

Percaya = aku damba Sokong = aku ingin Senyum = aku rindu Risau itu sepaklah jauh-jauh Takut itu lemparlah sana-sana

Mungkin aku tampak kecil tapi hati ku gergasi semangatku raksasa keringatku lebah kerja kuatku semut

Bukti itu pasti, tingga masa yang jadi cagaran

Biarku terbang ke awan walau langit sudah senja bulan bintang pasti ada untuk jemput hadir aku!

#Inspirasi #Puisi

0 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page