top of page
  • Writer's pictureEzzah Mahmud

Kembali Diri

Updated: Jan 5, 2020

Aku dah lama sangat tak menulis di blog ini. *tiup-tiup habuk*

Mungkin ini masa yang terbaik untuk kembali menulis di sini, insyaAllah. Kalau anda pertama di sini, salam kenal. Kalau anda pembaca setia, terima kasih!

InsyaAllah esok aku akan hadiri temu duga sebagai penulis kandungan di salah sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di Ampang, dan aku nak ingat kembali kenapa aku nak kerja dekat kat sini.

Pertama sekali, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk lebih bertanggungjawab ke atas masuk keluar duit dalam hidup aku dan Adib. Sejak aku kembali freelance secara sepenuh masa, memang simpanan dah lari sikit. Dan aku rasa bersalah biar Adib seorang sahaja kerja, walaupun masyaAllah, beliau sangatlah cemerlang dalam menjayakan kami berdua. Tak pernah aku tak cukup makan pakai dan kasih sayang (I love you kanda!) Dan ternyata aku dah serik kena buat kerja percuma. Ada yang aku cadang nak percuma, itu takpa, Ikhlas di situ sudah tertanam Alhamdulillah. Tapi, bila ada yang memijak henyak asa aku yang sedia kais pagi makan pagi ni, sesabar seorang Ezzah Mahmud ni, bersirap jugak la. Memang mula niat nego harga bagi tak mahal sangat untuk sang penerima perkhidmatan, tapi depa boleh buat lupa (atau buat-buat lupa, Allahu’alam) nak bayar atau sudah pun terima aku ni buat kerja sukarelawan hanya sebab mereka NGO. Tapi mula-mula dah kata nak bayar. Tak paham aku.

Dah tu, aku masih belum betul-betul sembuh daripada kecederaan jiwa hati dan otak seusai berhenti berkerja sebagai editor sepenuh masa di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Aku ingat ini hanyalah satu lagi episod kepenatan kronik, tapi ianya lebih daripada itu. Mungkin sebab aku tak suka dengan apa yang aku buat, dan aku tak dapat bayaran yang setimpal. Mungkin mula-mula tu aku ingat, tak apa lah, pengalaman. Dan aku yakinkan diri aku yang tidak mengapa, duit ni rezeki Allah. Banyak tidak itu tauk kat tepi. Tapi lama-kelamaan, ini dah tak kena dengan jiwa dan otak aku, kena blah terus kalau sayangkan diri. Penat tu satu, tapi bila penat tambah rasa bersalah dengan diri sendiri. Aku sampai tahap aku tak boleh nak sebulu dengan diri aku, tak boleh nak maafkan diri aku sebab aku tak blah lebih awal, termakan dengan pujuk dan biar seorang aku cedera. Aku ambil tanggungjawab penuh sebab aku yang buat keputusan untuk kekal. Tiada yang paksa. Itulah ringkasannya, tapi kita pandang terus dan jalan depan. Syukur, perlahan-lahan, Alhamdulillah. Dah pulih dah sekarang. Aku dah selesai segala murung, kecewa, belangsungkawa, dan sembuh lalu bangkit semula.

Kedua, aku rasa aku memang butuhkan fikiran aku untuk mula melatih jemari dan benak fikir berkerjasama macam dulu-dulu balik. Bila mana aku mudah nak muntah luah apa aku fikir dalam bentuk tulisan dalam memahamkan apa sebenarnya yang aku tengah fikir dan rasa. Dalam usaha untuk mencari kembali diri yang sebenar. Aku dah dekat 4-5 tahun tak betul-betul sehala/in tune dengan sisi diri aku yang bertanggungjawab menyelaraskan keadaan emosi dan fikir. Aku rasa cukup lah panjang waktu sebanyak itu, aku kena betul-betul selesai bermurungan dengan anggap tanggap negatif aku, dan buka buku baru untuk membuahkan apa yang sepatutnya dan selayaknya. Aku mohon doa dan vibe rakan taulan dan pembaca untuk aku kekal waras dan menulis keluar kembali apa yang berkusut masai di jiwa.Aku rasa aku banyak buat dosa dengan orang yang berharap ke aku dan aku kecewakan. Tapi, aku tak betul-betul sihat dan tidak betul-betul dapat melihat apa yang sebenarnya, dengan pandangan mata hati yang kabur. (Read: maaf En Fikri, artikel En Fikri masih saya cuba siapkan pelan-pelan insyaAllah)

Bak kata Kathryn Harrison, “Writing is how I stay sane, it’s completely necessary“. Cukup-cukuplah fasa insane seorang Ezzah Mahmud. I need to be properly and truly sane.

Itu sahaja kali ini. Jumpa dalam posting seterusnya insyaAllah. ❤ Ezzah Mahmud p.s. I’ve bought sooooo many new books I have to start reading them all!


1 view0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page