• Ezzah Mahmud

Kelabu

Hidup ini bukan hanya hitam putih pasti ada yang kelabu asap Hidup ini bukan hanya hujan panas sepanjang tahun pasti ada ribut petir sekali dua Hidup ini bukan hanya makan dan tidur pasti ada tanggungjawab yang perlu dijawab Hidup ini bukan hanya bunga dan kumbang pasti ada saudara mereka yang tidak senang Hidup ini bukan hanya murid dan guru pasti ada sekolah yang kurang meja kerusinya Hidup ini bukan hanya percutian hujung minggu pasti ia satu perjuangan untuk ke SANA!

-Interpretasi simpang siur hidup -Tidaklah semudah a, b dan c.. -Inspirasi 2 Ramadhan ♥

0 views0 comments

Recent Posts

See All