• Ezzah Mahmud

Kau Yang Penuh Iri


http://habter.deviantart.com/art/Black-53981308

Kalaulah itu kalaulah ini Kenapa kau? susah sungguh menerima takdir Kenapa kau? susah sungguh berhati redha Kenapa kau? susah sungguh mengaku pasrah

Kau cuba memetik bintang tapi luka dalam mencuba Kau cuba mencapai awan tapi jatuh terhempas ke bumi Kau cuba meludah kelangit tapi jatuh membasah muka

Keterbatasan mengelar siat tubuhmu Kebencian dan iri menombak dadamu Keangkuhan cuba rangkul tubuhmu Kemampuan diri kau canang pada semesta

Berjaya? Bukan satu janji? Tambah lagi kalau kau Cuba manipulasi Cuba kuasai Cuba dominasi

Aku tetap aku. Punyai akal punyai hati Kau jangan begitu Tak manis ku pandang Tak suka ku dengar Tak kuasa ku…

-Indahnya berpuisi, menzahir ke”tidak-puasan-hati” melalui aksara yang tersusun. -Sungguh, jangan pandang ku sebelah mata kelak sebelah mata tak ada yang ingin lihat.

Allahta’ala’alam.

1 view

+601110277017

©2019 by Ezzah Mahmud. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now