• Ezzah Mahmud

Kasutnya

Namanya Aisyah Usianya empat dua Asalnya Naratiwat Suaminya Ismail Anaknya enam Wajahnya tua Rautnya redup Azamnya gunung Sabarnya langit Kerjanya mulia Kurungnya hijau Langkanya lemah Matanya letih Tekaknya dahaga

Usahanya untuk sesuap nasi terperah berbaldi keringat peluh kering

Tak terbayang Andai untuk sehari ibuku berdiri dalam kasutnya

Jangan risau Makcik Aisyah syurga itu penuh dengan orang miskin berbahagialah!

0 views0 comments

Recent Posts

See All